FACE OIL TU APA EK?


Pada masa kini, 'Face Oil' telah menjadi pilihan pada setiap penggemar kecantikan. Mungkin ramai yang masih ragu-ragu mengenai penggunaannya, tetapi 'Face Oil' terbukti sangat baik untuk memulihkan pelbagai masalah yang ada pada kulit muka.


'Face Oil' kaya dengan emolien dan teksturnya juga kebiasaannya lebih berat berbanding serum (berasaskan air). Minyak pati dan ekstrak tumbuhan yang terdapat di dalam 'Face Oil' memberikan pelbagai nutrisi dan penghidratan pada kulit wajah. 'Face Oil' juga mempunyai lipid untuk mengatasi kulit kasar dan kering . Kebiasaannya, bahan-bahan yang terdapat dalam 'Face Oil' terdiri daripada satu atau lebih minyak yang diekstrak dari buah, kacang ataupun benih. Bergantung kepada jenis formula, 'Face Oil' mungkin mempunyai berbagai manfaat tambahan yang lain seperti sifat anti-radang atau antioksidan.


Walaupun kebanyakan 'Face Oil' hanya berfungsi sebagai sumber kelembapan dan penghidratan, ianya juga penting dalam rutin penjagaan kulit anda. Meningkatkan kelembapan dalam kulit adalah asas untuk kulit yang sihat dan berseri. Untuk memastikan anda mendapat semua manfaat 'Face Oil' dan tidak ada kesan sampingan, adalah sangat penting untuk memilih 'Face Oil' yang sesuai untuk jenis kulit anda.

0 views

011-3313 3360

4261-D Tingkat Atas, Jalan Kebun Sultan, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

  • Facebook
  • whatsapp
  • Instagram
  • YouTube
  • Telegram

©2020 by Aifa Cosmetics